BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Bismillahirrahmanirrahim adalah kalimat bagi seseorang yang merealisasikan sesuatu dengannya, dan yang dengannya pula dia memperoleh kurnia yang besar. Sesiapa menyebutnya, dia bakal mencapai titik tujuan , dan barangsiapa melazimkannya, maka ia akan memperoleh kenyataan yang menggembirakan.
Basmalah adalah kalimat yang dijadikan tawassul oleh Nabi Nuh as. di zaman dahulu, dan yang keberkahannya kembali kepada burung Hudhud, hingga kerananya ia memakai mahkota dari Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
sabda Rasulullah s.a.w
" Bismi 'l-Lahi 'r-Rahmani 'r-Rahim adalah pembuka setiap Kitab."
Al-Hafiz Abu Na'im berkata, bahawa Abu Bakar bin Muhammad al-Maghribi at-Tunisi telah bercerita kepadanya. Katanya : Para ulama di setiap umat telah bersepakat, bahawa Allah SWT memulai Kitab yang diturunkan dengan memakai Bismillahirrahmanirrahim. Ketika Allah memberi wahyu kepada Nabi Adam dengan Bismillahirrahmanirrahim, dia pun bertanya,
"Ya Jibril, sebutan apakah yang telah dipakai Allah untuk memulai wahyu itu?" Malaikat Jibril menjawab,
"Ini merupakan sebutan yang boleh menegakkan langit dan bumi, mengalirkan air yang terpendam di kaki-kaki gunung, menetapkan hamparan bumi dan meneguhkan hati para makhluk." Sesungguhnya Basmalah itu dimulai dengan huruf ba', dan bukan huruf-huruf yang lain. Padahal, huruf alif lebih utama dari asma Allah yang Mulia. Demikian itu kerana huruf ba' merupakan huruf yang mula-mula diucapkan oleh umat manusia di dalam arwah (dahulu kala), ketika Allah bertanya kepada mereka:
" Bukankah Aku ini adalah Tuhan kalian?"
mereka menjawab:
"Ya, Engkau adalah Tuhan kami."
Ada keterangan lain yang mengemukakan alasan tentang dimulainya Basmalah dengan huruf ba'. Yakni bahawa hal itu mengingatkan akan adanya rasa hiba hati (kasihan) dalam kandungan ayat itu. kerana segala sesuatu tidak berhak didahulukan kecuali menamakannya rasa belas kasih dan rendah hati.
sumber:
RAHSIA & KHASIAT BISMILLAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan